-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Monday, April 14, 2008

Makam (tomb of) Sultan Zainal Abidin I, Terengganu...

OK, mari kita ke Kuala Terengganu pula...
OK, let us now go to Kuala Terengganu...


Tidak jauh daripada pusat bandaraya terdapat sebuah bukit kecil...

Not far from the city centre there lies a small hill...


Namanya Bukit Keledang...

Its name is Bukit Keledang...


Tersedia sebuah tangga untuk menaikinya...

There is a staircase for climbing to the top...


Di atasnya terdapat makam Sultan Zainal Abidin I, Sultan pertama Terengganu daripada dinasti sekarang iaitu dinasti keturunan Bendahara Johor... Cuma di batu tanda ini ada sedikit kesilapan tarikh. Baginda menaiki takhta tahun 1708 Masihi, bukannya tahun 1780 seperti yang tertera...

On its top is the tomb of Sultan Zainal Abidin I, Terengganu's first Sultan from the current dynasty which is the dynasty from the descendants of the Bendahara (the main nobleman, equivalent to today's prime minister) of Johor... It's just that there is a mistake on this information plaque. He went up the throne in the year 1708 AD, not 1780 as shown here...


Terdapat juga beberapa buah makam lain lama, dipercayai milik para bangsawan...

There also exist some other old tombs, believed to be that of nobles...


Makam utama terletak di dalam bangunan ini...

The main tomb is situated inside this building...


Inilah dia makam Sultan Zainal Abidin I!

This is it, the tomb of Sultan Zainal Abidin I!


Di belakangnya pula terletak makam lama ini. Sesetengah orang percaya ia adalah makam Megat Panji Alam, seorang anak pemerintah Terengganu lama. Beliau (atau baginda?) pernah bergaduh dengan pahlawan Melaka Hang Tuah pertengahan abad ke 15 Masihi. Ini terjadi sekitar 250 tahun sebelum Sultan Zainal Abidin I menjadi Raja Terengganu! Sekian...

Behind it is this old tomb. Some people believe it is the tomb of Megat Panji Alam, the son of the an olden ruler of Terengganu. He (or rather his majesty?) once fought the Melaka warrior Hang Tuah sometime in the 15th Century AD. This happened some 250 years before Sultan Zainal Abidin became the king of Terengganu! That's all...

1 comment:

SAMSURI said...

assalam...saya tertarik dengan nama tidak asing,bagi anak terengganu iaitu"MEgat Panji Alam" suatu nama yg berkait dengan Pahlawan Melaka "Laksamana Hang Tuah"...dizaman kanak -kanak dahulu pernah dahulu,melalui makam megat panji alam tersebut,tak ianya kubur Megat Panji Alam...