-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Monday, April 14, 2008

Makam diraja Terengganu di Masjid Abidin (Terengganu royal mausoleum at the Abidin mosque)

Satu lagi kawasan pemakaman di Kuala Terengganu tetapi khusus untuk keluarga diraja. Mari!
One more cemetery area in Kuala Terengganu but only for royalty. Come!

Di tengah bandaraya Kuala Terengganu terdapat sebuah masjid putih yang agak terserlah iaitu Masjid Abidin...

In Kuala Terengganu city centre lies a rather prominent white mosque known as Masjid (mosque of) Abidin...


Di sisinya terletak sebuah kawasan pemakaman diraja Terengganu!

On its side lies a Terengganu royal burial area!


Ini adalah makam di dalam bangunan utama yang dipaparkan tadi. Kalau tak salah ingatan, ia adalah makam Sultan Ismail Nasiruddin Shah (memerintah 1945-1979), datuk kepada Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Terengganu serta Yang di Pertuan Agung Malaysia sekarang...

This is the tomb inside the main building shown just now. If memory serves me right, this is the tomb of Sultan Ismail Nasiruddin Shah (ruled 1945-1979), grandfather to Sultan Mizan Zainal Abidin, the present Sultan of Terengganu who is also the Yang di Pertuan Agung (rotational king) of Malaysia now...


Di sekitarnya pula terdapat banyak makam-makam lama dengan batu-batu nesan besar setinggi 5 hingga 7 kaki!

Around it are many old tombs with tombstones which stood up to 5 to 7 foot tall!


Kalau tak salah, dalam bangunan ini yang bersambung dengan bangunan utama masjid, terdapat makam Sultan Zainal Abidin II (memerintah 1793-1808), cucu kepada Sultan Zainal Abidin I (yang dimakamkan di Bukit Keledang. Lihat Makam (tomb of) Sultan Zainal Abidin I, Terengganu... ). Adapun nama Masjid Abidin ini dibuat berdasarkan nama Sultan Zainal Abidin II... Lagipun ia dibina semasa baginda memerintah.
If not mistaken, inside this building which is connected to the mosque's main building, there exist the tomb of Sultan Zainal Abidin II (ruled 1793-1808), a grandchild of Sultan Zainal Abidin I (the one buried at Bukit Keledang. See Makam (tomb of) Sultan Zainal Abidin I, Terengganu... ) . As it is, the mosque's name Masjid Abidin is based on the name of Sultan Zainal Abidin II. After all it was built during his reign.

Turut terdapat di sini ialah makam Sultan Mansur Shah, bapa kepada Sultan Zainal Abidin II dan anak kepada Sultan Zainal Abidin I. Baginda dikatakan memerintah Terengganu (1733-1793)
Also here is the tomb of Sultan Mansur Shah, father to Sultan Zainal Abidin II and a son of Sultan Zainal Abidin I. He is said to have ruled Terengganu (1733-1793)


Turut menarik perhatian ialah makam-makam lama menggunakan batu-batu nesan kayu hampir setinggi orang dewasa ini!

Also attracting attention are old tombs here using wooden tombstone (or is wooden tomb-marker a better word here?) which stands almost as tall as an adult!


Ini pula adalah makam Tengku Ali, seorang kerabat diraja...

This the tomb of Tengku Ali, a member of the royalty...



Walaupun di sini, baginda tercatit sebagai orang yang pernah memerintah Terengganu daripada tahun 1942 hingga 1945, saya difahamkan kerajaan Terengganu atau ahli keluarga kerabat diraja terdekat sekarang tidak mahu mengiktiraf Tengku Ali sebagai seorang Sultan. Kenapa agaknya ya? Sekian... :]

Although here, he is noted as someone who once ruled Terengganu from the year 1942 till 1945, I am made to understand that the present Terengganu government or rather members of the current ruling family do not recognise Tengku Ali as a Sultan. Why is that ya? That's all! :]


7 comments:

kainz said...

heard a story that tengku ali is one of the two real sons of Sultan zainal abidin III, his elder brother tengku abdullah had run away to village and became ordinary people as he refused to become a sultan. tengku ali became sultan then, however due to his unethical behaviour, he was kicked by the royal members of terengganu and they chose tengku ismail (grandfather of current terengganu's sultan) as predecessor. also heard a rumour that tengku ismail is actually an adopted child of sultan zainal abidin III..thus doesn't have the royal bloodline actually...wallahua'lam

helmy said...

salam, yang saya dengar pula kisahnya lain. tengku ali ini merupakan putera sulung sultan sulaiman badrul alam shah dan tengku ampuan mariam. memandangkan ayahnda beliau mangkat ketika zaman jepun, maka tengku ali telah dilantik oleh jepun sebagai sultan yang baru. tetapi setelah jepun kalah dan balik ke jepun. terdapat beberapa pembesar istana yang merancang menggulingkan tengku/sultan ali kerana katanya pelantikan tidak sah dan dilantik oleh jepun. maka dengan itu, beliau dipaksa untuk turun takhta. sebagai pengganti, ayahnda beliau tengku ismail kemudiannya dikenali sebagai sultan ismail nasiruddin shah (nenda tuanku mizan) dilantik sebagai sultan yang baru. sultan ismail merupakan adinda sultan sulaiman yang berlainan ibu. untuk makluman sultan sulaiman bukan menerima takhta dari ayahnda baginda sultan zainal abidin 3, tetapi dari kekanda baginda sultan muhammad yang mangkat. kisah tengku ali merupakan satu konspirasi istana untuk menjaga kepentingan peribadi individu tertentu.kisah ini sangat menyedihkan kerana beliaulah sepatutnya yang menyandang jawatan sultan. sehingga beliau meninggal dunia, masih tidak tidak diiktiraf sbg sultan terengganu.

helmy said...

pembetulan;-
sultan sulaiman merupakan ayahnda kepada tengku ali.

helmy said...

ralat :;
*sepatutnya ayahnda saudara

Anonymous said...

As-Salam...sbgai rakyat Terengganu amat berasa sedih dgn situasi yg berlaku. Jika perubahan takhta sultan berlaku secara konspirasi maka tidak adillah kpd Sultan Ali & apakah rakyat hari ini tahu sejarah Kesultanan Terengganu diwarisi sedemikian rupa? Jika benar apakah tidak ada waris atau sesiapa yg berani menegakkan kebenaran? Apakah kita tdk turut berdosa jika tahu akan kebenaran tetapi tdk membetulkannya.....? mudah2an Allah SWT memberi hidayah kpd kita semua utk menginsafi keadaan ini.

Harimans said...

Assalamualaikum Warahmatullah...Salam kenal dari saya dari Indragiri. Saya nak bertanya,apakah mungkin makam yg nisan nya tinggi dari kayu itu adalah makam Seorang Sultan? Ada informasi yg saya dapatkan mengenai makam itu,yg mengatakan itu adalah makam orang dari Riau. Dan kami info dari pd Kerabat yg ada di MALAYSIA makam yg ber nisan KAYU itu adalah makam RAJA ALIE gelarannya adalah SULTAN ZAINAL ABIDIN dan makam kayu satunya lagi adalah makam dair ISTERI SULTAN ZAINAL ABIDIN INDRAGIRI. Sultan Zainal Abidin adalah Sultan Indragiri yg ke 15,yg Hijrah ke Terengganu dan mangkat pd tahun 1735. Dan menurut info di pekuburan Diraja Terengganu itu ada beberapa makam lg para kerabat dari Inderagiri.

Unknown said...

Assalamualaikum . Hari ini baru Saya tahu siapa empunya Nisan kayu yangberukir sepasang itu. Saya anggarkan Dua nisanitu adalah orang soleh yangmengiringi sultan zainal abiding 1. Rupanya silap. Saya Ada rekodserba sedikit tentang makam itu.