-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Wednesday, July 13, 2011

Makam (Tomb of) Long Seri

Di sebelah makam Long Ghaffar terdapat makam anakandanya Long Seri.
Beside the tomb of Long Ghaffar there exist the tomb of his son Long Seri.




Apa yang tercatat pada makamnya lebih menepati kebenaran. Iaitu beliau adalah Raja di Limbat merangkap Perdana Menteri (bagi negeri Kelantan).
What is written at this tomb is closer to the truth. That he was the Raja (ruler of) at Limbat cum the Prime Minister (for the state of Kelantan).





Apapun ia masih kelihatan seperti usaha untuk terlebih membesarkan keluarga mereka. Ini boleh dilihat apabila kedudukan Long Seri sebagai Perdana Menteri dinyatakan sebagai penasihat Kota Bahru. Ia seolah membayangkan wilayah Limbat pernah sama taraf dengan wilayah Kota Bahru dan keturunan Long Yunus yang bersemayam di Kota Bahru sekadar memerintah wilayah itu sahaja, bukan seluruh Kelantan.
Whatever it still looks like an effort to overly glorify their family. This could be seen when Long Seri's position as the Prime Minister is stated as penasihat (advisor) to Kota Bahru. This is as if giving the picture that the territory of Limbat was once of the same standard as Kota Bahru and the descendants of Long Yunus who resided in the territory of Kota Bahru were just rules of that territory only, not the whole of Kelantan.





Sebenarnya kedudukan sebagai Raja Limbat adalah satu kedudukan raja bawahan yang tunduk kepada pemerintah di Kota Bahru. Sepertimana adanya raja-raja di wilayah-wilayah bawahan lain di Kelantan seperti Banggol, Bukit Marak, Salor dan Kampung Laut.
Actually the position as the Raja (ruler of) Limbat was just an underling ruler position which bows down to the ruler at Kota Bahru. Just like there are rulers at other subordinate territories in Kelantan like Banggol, Bukit Marak, Salor and Kampung Laut.




Apapun biar dinyatakan batu nesan yang dipakai ini hampir serupa yang terdapat di makam Long Yunus. Malah ia lebih hampir pada batu nesan yang terdapat di sebelah makam Chik Siti. Lihat Makam (Tomb of) Chik Siti Wan Kembang? dan Makam (Tomb of) Long Yunus.
Whatever let it be stated that the tombstones used here are also similar to one available at the tomb of Long Yunus. In fact it is closer to the tombstones used beside the tomb of Chik Siti. Look at Makam (Tomb of) Chik Siti Wan Kembang? and Makam (Tomb of) Long Yunus.





No comments: