-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Sunday, March 31, 2019

Meriam Seri Rambai di (Seri Rambai Canon at) Fort Cornwallis



Malam itu selepas mendaftar masuk ke sebuah hotel di tengah bandar raya Georgetown di Pulau Pinang saya tergerak untuk pergi ke Fort Cornwallis.
That night after checking in at a hotel in the middle of the city of Georgetown in Pulau Pinang I was moved to get to Fort Cornwallis.


Ia adalah sebuah kubu yang dibina oleh British penghujung abad ke-18.
It is a fort built by the British at the end of the 18th century.


Ia bermula sebagai bangunan kayu setelah wakil British, Francis Light menduduki Pulau Pinang tahun 1786.
It started as a wooden building after the British representative, Francis Light occupied Pulau Pinang in the year 1786.


Tetapi saya lebih berminat dengan sebuah meriam yang terletak pada satu sudut kubu.
But I was more interested in a cannon which is put at a corner of the fort.


Dibuat tahun 1613 ia memiliki sejarah yang menarik seperti tertera pada papan maklumat.
Made in the year 1613 it has an interesting history as shown on the information board.


Apa yang tidak disebut adalah ia pernah dirampas Aceh daripada tangan Johor awal abad ke-17 sebelum dihadiahkan kepada Selangor penghujung abad ke-19.
What is not mentioned is that it was once confiscated by Aceh from the hands of Johor in the 17th century before given to Selangor end of the 19th century.


British kemudian merampasnya lalu meletakkan di Fort Cornwallis.
The British then confiscated it and put it at Fort Cornwallis.


Masjid India (The Indian mosque of) Kuala Kedah



Perjalanan seterusnya membawa kami ke Kuala Kedah di mana kelihatan masjid ini.
The journey next brought us to Kuala Kedah where was seen this mosque.


Ia dinyatakan sebagai Masjid India Kuala Kedah.
It is stated as Masjid India (The Indian mosque of) Kuala Kedah.















Rumah-rumah tradisional peranginan di Gunung Keriang (Resort traditional houses at Gunung Keriang)

Bersambung daripada Makam (Tomb of) Tunku Abdul Rahman.


Tengah hari itu kami bergerak ke Gunung Keriang, 10 km ke utara Alor Setar lalu singgah di kawasan rumah peranginan.
That noon we moved to Gunung Keriang, 10 km to the north of Alor Setar and stopped by a resort area.





Kami tertarik dengan rumah-rumah tradisional yang dijadikan bilik sewa...
We were attracted by the traditional houses made for room rental...














Makam (Tomb of) Tunku Abdul Rahman

Bersambung daripada Makam (Tomb of) Wan Mat Saman.


Turut terletak dalam kawasan makam diraja Kedah di Langgar adalah makam seorang tokoh yang sangat dikenali dalam sejarah Malaysia.
Also located within the grounds of the Kedah royal mausoleum in Langgar is the tomb of a personality which is very familiar in Malaysian history.


Ia adalah makam Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman.
It is the tomb of the first Prime Minister of Malaysia, Tunku Abdul Rahman.


Dilahirkan tahun 1903 sebelum menjadi Perdana Menteri tahun 1957 beliau ialah putera kepada Sultan ke-26 Kedah  Sultan Abdul Hamid Halim Shah (memerintah 1881-1943).
Born in the year 1903 before becoming the Prime Minister in the year  1957 he was the son of the 26th Sultan of  Kedah  Sultan Abdul Hamid Halim Shah (ruled 1881-1943).



Makam (Tomb of) Wan Mat Saman



Ini pula dikatakan adalah makam Wan Mat Saman, Perdana Menteri Kedah abad ke-19 Mashi.
This in turn is said to be the tomb of Wan Mat Saman, the Prime Minister of Kedah in the 19th century.



Tiada kontroversi tentang ini. Wan Mat Saman atau Wan Muhammad Saman memang dimakamkan dalam kawasan pemakaman diraja Kedah di Langgar dan pihak lain sudah menunjukkan gambar makam yang sama sebagai konfirmasi.
There is no controversy about this. Wan Mat Saman or Wan Muhammad Saman was indeed laid to rest within the grounds of the Kedah royal mausoleum in Langgar and other parties have shown pictures of the same tomb for confirmation.


Wan Mat Saman terkenal sebagai orang yang bertanggungjawab membina Terusan Wan Mat Saman. Ia mengalirkan air dari Sungai Kedah di Alor Setar hingga ke Gurun, 36 km ke selatan. Lihat Hujung selatan (Southern end of) Terusan Wan Mat Saman.
Wan Mat Saman is famous as the person responsible for building the Terusan (canal of) Wan Mat Saman. It diverts water from the Kedah river in Alor Setar on till Gurun, 36 km to the south. Look at Hujung selatan (Southern end of) Terusan Wan Mat Saman.


Beliau dikatakan sangat bijaksana lalu dijadikan Perdana Menteri pertama Kedah pada tahun 1870. Banyak kemajuan berlaku di Kedah atas inisiatif beliau...
He is said to be very wise and was made the first Prime Minister of Kedah in the year 1870. Many developments happened in Kedah due to his initiative...


Makam Daeng Parani di Langgar (Tomb of Daeng Parani at Langgar)?

Salam. Masuk cerita hari ke-3 perjalanan di utara baru ini....
Peace be upon you. Entering stories for 3rd day of the recent northern trip...


Pagi Isnin 25 Mac 2019. Kami masuk ke makam diraja Kedah di Langgar, Alor Setar di mana saya ditunjukkan dua buah makam ini.
Saturday morning 25th March 2019. We entered the Kedah royal mausoleum in Alor Setar where I was shown this two tombs.


Saya diberitahu yang ini milik pahlawan Bugis terkenal abad ke-18, Daeng Parani. Untuk makluman setahun lalu saya pernah diberitahu perkara yang sama lalu ditunjukkan makam. Cuma sudah lupa yang mana dalam kawasan pemakaman diraja Kedah
I was told this tomb belongs to the famous Bugis warrior of the 18th century, Daeng Parani. For information a year ago I was told the same thing and was shown the tomb. It's just I've forgotten which one it is within the Kedah royal mausoleum.


Sedangkan yang biasa orang tahu adalah makam Daeng Parani terletak di Kampung Ekor Lubuk, Sidam Kiri, 80 km ke selatan dari sini. Rujuk Makam (tomb of) Daeng Parani. Dalam artikel itu ada dipanjangkan cerita tentang tokoh tersebut,
On the other hand what is normally known is that the tomb of Daeng Parani is situated at Kampung Ekor Lubuk, Sidam Kiri, 80 km to the south from here. Refer to Makam (tomb of) Daeng Parani. In that article has been elaborated the story on the said personality.


Daeng Parani memiliki beberapa orang isteri, salah seorangnya adalah Tunku Aisyah, kerabat diraja Kedah. Dipercayai atas sebab ini Daeng Parani dimakamkan di Langgar, bukan Ekor Lubuk. Ada pula beranggapan Daeng Parani dimakamkan di Ekor Lubuk kemudian makam dipindahkan ke Langgar.
Daeng Parani had a number of wives, among them was Tunku Aisyah, a Kedah royalty. It is believed for this reason Daeng Parani was to laid to rest in Langgar, not Ekor Lubuk. There are those who consider Daeng Parani as having been laid to rest in Ekor Lubuk and later his tomb was relocated to Langgar..

Namun ada pihak memberitahu memang terdapat usaha melakukan pemindahan tetapi tidak berjaya, Menurut mereka makam yang benar tetap di Ekor Lubuk, tidak ada di Langgar. Dan yang atas ini bukan makam Tunku Aisyah. Sebaliknya ia berada di lokasi lain dalam kawasan makam diraja...
Still there are parties who said indeed there were efforts to relocate the tomb but unsuccessful. According to them the true tomb is still in Ekor Lubuk, not in Langgar. And the one above is not the tomb of Tunku Aisyah.. Instead it exists at a different location within the grounds of the royal mausoleum.


Saturday, March 30, 2019

Masjid (Mosque of Al-A'la), Kampung Benua Batu 6, Alor Setar



Perjalanan diteruskan menghala ke Alor Setar. Terlihat masjid bernama Masjid Al-A'la di Kampung Benua Batu 6 kami pun singgah.
The journey was continued heading for Alor Setar. Saw this mosque named Masjid (mosque of) Al-A'la di Kampung Benua Batu 6 we then stopped by.





Seni binanya menarik perhatian...
Its architecture catches attention...





Lihat ke dalam...
Looking inside...














Hujung selatan (Southern end of) Terusan Wan Mat Saman



Selepas Kepala Batas kami ke Sidam Kiri di Kedah kemudian masuk ke Sungai Petani. Terus ke Gurun menghampiri Guar Chempedak kelihatan batu ini.
After Kepala Batas we went to Sidam Kiri in Kedah then entered Sungai Petani. On to Gurun approaching Guar Chempedak could be seen this stone.


Ia menandakan bahagian selatan Terusan Wan Mat Saman yang dibina tahun 1885 hingga 1896 oleh Perdana Menteri Kedai ketika itu Wan Mat Saman.
It marks the southern end of Terusan (canal of) Wan Mat Saman which was built in the year 1885 till 1896 by the Prime Minister of Kedah then, Wan Mat Saman.



Terusan ini dibina dari Alor Setar di utara hingga 36 km sampai ke Gurun.
This canal was built from Alor Setar in the north for 36 km reaching Gurun.


Dahulu ia amat penting untuk pengairan padi. Ia mengalirkan air Sungai Kedah dari Alor Setar.
Before it was very important to irrigate rice fields. It flowed water of the Kedah river from Alor Setar.



Sekarang ia kelihatan seperti parit biasa sepanjang jalan...
Now it looks like a common drain along the road...


Muzium BM (BM Museum), Bukit Mertajam

Salam. Masuk hari ke-2 perjalanan di utara baru ini....
Peace be upon you. Entering 2nd day of the recent northern trip...


Tengah hari Ahad 24 Mac 2019. Ketika hendak bergerak meninggalkan Bukit Mertajam menghala ke Kepala Batas kami terlihat kompleks bangunan kayu ini.
Sunday at noon 24th March 2019. While about to leave Bukit Mertajam heading for Kepala Bata we caught sight of this wooden building complex.


Ia disebut sebagai BM Museum (Muzium BM). Ini harus singkatan bagi Bukit Mertajam.
It is stated as BM Museum. This must be short form for Bukit Mertajam.


Kami pun melihat lebih dekat...
We then went for a closer look...





Baru kami tahu ia tempat menjual selain memaparkan barangan antik...
Then only we know it is a place for selling apart from exhibiting antique goods...