Tempat ini terletak di sebuah kawasan bernama Pasir Panjang sekitar 8-9 km daripada Masjid Segari tadi...
This place is situated in an area known as Pasir Panjang some 8-9 km away from the mosque of Segari shown earlier...
Untuk makluman, ia dipanggil Baitul Hilal iaitu bahasa Arab untuk tempat melihat bulan...
For information, it is called the Baitul Hilal which is Arabic for a place to observe the new moon...
Posting kali ini ringkas sahaja tetapi begitu bermakna... Ini kerana fungsi tempat ini sebagai tempat melihat anak bulan dan kebetulan kedudukannya pula di Pasir Panjang...
The posting this time is quite simple but with plenty of meaning... This is because of this place's function as the place to observe the new moon and coincidently it is located in Pasir Panjang...
Fikirkan akan perubahan politik besar yang berlaku selepas Pilihanraya ke 12 Malaysia mendapat keputusan muktamad pagi Ahad lalu... Buat pertama kalinya, 5 buah negeri (6 jika mahu dicampur wilayah persekutuan Kuala Lumpur) telah bertukar tangan dan gabungan parti yang selama ini dapat memerintah negara tanpa apa-apa tentangan bermakna telah kehilangan 2/3 majoriti dalam parlimen...
Think about the big political changes happening after the 12th Malaysian general election got its final results the recent Sunday morning... For the first time ever, 5 states (6 if the federal territory of Kuala Lumpur is included) have changed hands and the the combined parties who have all this while ruled the country without any meaningful opposition have lost their 2/3 majority in parlimen.
Maka Perak menerima seorang Menteri Besar baru dan beliau adalah Ahli Dewan Undangan Rakyat Pasir Panjang, kawasan di mana Baitul Hilal, tempat melihat bulan ini terletak. Adapun beliau adalah ahli sebuah parti yang memakai lambang bulan... Apakah ini semuanya berlaku secara kebetulan atau ada yang tersirat? Oh... Untuk makluman, ini adalah posting ke 111 di blogspot ini. Sekian... :]
And so Perak receives a new Chief Minister and he is the State Assemblyman of Pasir Panjang, the area where this Baitul Hilal, the place for viewing the new moon is located at. As it is, he is a member of a party which uses the moon as its symbol... Are all of these just coincidences or is there some hidden meaning behind it? Oh... For information, this is the 111th posting in this blogspot. That's all... :]
2 comments:
Assalamualaikum Tuan,
Saya berminat untuk melawat Baitul Hilal ini. Dengan siapa saya boleh berhubung. Adakah Tuan mempunyai nombor contact pengurus di sini. Harap dapat hubungi saya di mohdhilmi84@gmail.com. Terima kasih :)
Wassalam. Maaf saya tiada nombor telefon. Saya main datang aje. Mungkin saudara boleh hubungi pejabat agama Perak...
Post a Comment