-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Monday, March 10, 2008

Masjid jamek (main mosque of) Sungai Siput, Perak

OK... Saya tak tahu jika ada apa-apa yang istimewa tentang masjid ini tetapi saya tahu saya telah mengalami 2 kali deja vu semasa kali pertama bertandang di sini lebih sebulan lalu. Maka itu biar dikongsi beberapa gambar Masjid Jamek Sungai Siput ini. Mungkin akan ada sesuatu yang berguna? Sila! :]
OK... I don't know if there's anything special about this mosque but I do know I had deja vu twice when I first came here more than a month ago. So let me share some pictures of this main mosque of Sungai Siput. Maybe there's something of use here? Come! :]

Dari segi senibina, mungkin ia biasa sahaja dan sama dengan kebanyakan masjid di Malaysia...

Architecture-wise, maybe it is common and similar to most mosque in Malaysia...


Apapun, saya dapat merasakan ada sedikit keistimewaan tentang masjid ini...
Whatever, I could feel there's a a bit of something special about this mosque...

Papantanda ini mengatakan ia telah dirasmikan oleh almarhum Sultan ke 33 Perak, Sultan Idris pada tahun 1970, kebetulan tahun kelahiran saya!
This plaque says, it was officiated by the late Perak's 33rd Sultan, Sultan Idris in the year 1970, coincidently my year of birth!


Saya sampai ke situ bersama seorang rakan sejurus sebelum masuk waktu Zuhur.
I reached the place with a friend just sometime before time for Zuhur (the afternoon prayer)



Sempat berbaring sebentar lalu melihat kubah masjid daripada dalam. Tertanya pula, kenapa bulatan yang membentuk dalaman kubah ini dibahagikan kepada 18 bahagian? Pertanyaan ini timbul apabila melihat bulatan tengah dibahagikan kepada 4 sudut tepat... Selalunya dalam keadaan begini, 4 sudut tepat itu masing-masing akan dipecahkan kepada beberapa bahagian yang sama - daripada 4 menjadi 8 seterusnya 16 kemudian 32. Pendekkata dalam satu corak kuasa 2... 4, 8, 16, 32 dan seterusnya. Atau setiap sudut tepat itu dipecah 3, 5 atau berapa sahaja... Yang penting, jumlah sudut itu nanti masih boleh membentuk sudut-sudut tepat. Jadi kenapa pula jadi 18? Pelik pula rasanya...
Had the time to lie down and look at the mosque's dome from inside. Came the question, why the circle making up the inside of the dome is divided into 18 parts? This question came after looking at the centre circle which is divided into 4 right-angles... Usually in this situation, the 4 right-angles would each be divided into a number of equal parts - from 4 becoming 8 and further on 16 followed by 32. In other words it's in powers of 2... 4, 8, 16, 32 and so. Or every right angle is divided into 3, 5 or whatever number... What's important, the resulting number of angles could still be grouped into right angles. So why 18? There's something strange about this...




Sampailah waktu untuk menunaikan solat berjemaah...
Came the time to do the prayers in congregation...






Kemudian baru keluar mengelilingi masjid untuk melihat apakah yang agaknya istimewa tentangnya...
Afterwards came the time to walk around the mosque to look for what could be special about it...






Hmm... Saya masih tidak dapat menemui apakah yang istimewa tentangnya sedangkan rasa istimewa itu masih wujud. Mungkin yang istimewa bukan masjid ini tetapi lokasinya yang terletak di atas bukit kecil paling hampir dengan bandar Sungai Siput? Tiba-tiba saya terfikir, mungkin lokasinya ada peranan tertentu dalam kerajaan lama Gangganegara? Yang pasti Sungai Siput turut disenaraikan sejarahwan sebagai salah satu tempat di mana kerajaan itu mungkin pernah berpusat... Sila baca Sungai Siput as base camp... Where a giant face looks out from on top a hill... . Sekian...
Hmm... I still couldn't find what is so special about it but yet I still feel the special factor does exist. Maybe what is special is not the mosque itself but it's location on top of a small hill nearest to the town of Sungai Siput? Suddenly a thought came to mind, maybe the location plays a certain role for the old kingdom of Gangganegara. What is sure, Sungai Siput is listed by historians as one of the places where the kingdom could have been centred. Please read Sungai Siput as base camp... Where a giant face looks out from on top a hill... . That's all...







1 comment:

Anonymous said...

assalammualaikum
kalau ada masa encik boleh lah datang kat masjid ni lagi

masjid ni dah jadi cantik
kerana dah dibina semula.