Peace be upon you all. I am moved tonight to write an article on the tomb of Sultan Muzaffar Shah I of Kedah using pictures taken from my latest visit middle of the month of Ramadhan (Muslim fasting month) three and a half months ago. Come! :]
Di satu bahagian Lembah Merbok di kaki Gunung Jerai kelihatan bangunan ini.
At one part of the Merbok Valley at the foot of Mount Jerai could be see this building.
Di dalamnya ada sejumlah makam.
Inside it there are a number of tombs.
Maklumat yang ada menyebut di sinilah terletaknya makam Sultan pertama Kedah, Sultan Muzaffar Shah I. Baginda dikatakan memerintah 1136-1179 Masihi.
The information available here says this is where lies the tomb of the first Sultan of Kedah, Sultan Muzaffar Shah I. His majesty is said to have ruled 1136-1179 Masihi.
Tapi yang mana satukah makam baginda? Di sini ada 5 buah makam. Biar kita lihat satu persatu dari kanan.
But which one is his majesty's tomb? Here there are 5 tombs. Let us have a look one by one from right.
Tomb 2. I feel not...
Tomb 2 is also like that.
Tomb 3. There is a possibility.
Makam 4 adalah yang paling terserlah. Sesuailah kalau ini makam Sultan Muzaffar Shah I.
Tomb 4 is the most outstanding one. It is fitting if this is the tomb of Sultan Muzaffar Shah I.
Makam 5. Bentuk batu nesan dan kedudukannya di sisi kiri makam 4 (kiri jika dilihat dari sudut posisi mayat yang terbaring dengan kepala ke atas) membayangkan ini adalah makam isteri kepada pemilik makam 4.
Tomb 5. The shape of the tombstone and its position on the left of tomb 4 (left is seen from the position of a deceased body lying with head at the top) implies that this is the tomb of the wife of owner of tomb 4.
Ada pihak menyatakan makam dengan batu nesan paling besar dan terserlah itu, makam yang saya tanda sebagai makam 4 memang milik Sultan Muzaffar Shah I. Tapi menurut mereka Sultan Muzaffar ini hidup tahun 700an Masihi, 400 tahun awal dari tarikh yang diberikan secara rasmi lalu menyamakannya dengan watak legenda yang dikenali sebagai Merong Mahawangsa. Sejarah rasmi sebaliknya menyebut Merong Mahawangsa adalah nenek moyang kepada Sultan Muzaffar Shah I yang dikatakan memerintah 1136-1179 Masihi. Jadi manakah yang betul?
There is a party who said that the tomb with the biggest tombstones which stood out, the tomb I have marked as tomb 4 does indeed belong to Sultan Muzaffar Shah I. But according to them this Sultan Muzaffar I lived in the 700an AD, 400 years earlier than the date given officially and equate him with the legendary figure known as Merong Mahawangsa. Official history on the other hand says Merong Mahawangsa is the ancestor to Sultan Muzaffar Shah I who is said to have ruled 1136-1179 AD. So which one is right?
Tak mengapa. Kita biar sahaja persoalan ini tergantung. Biar ditambah, menurut pihak yang percaya Sultan Muzaffar Shah I adalah Merong Mahawangsa, makam dengan batu nesan kedua terserlah iaitu makam 3 adalah milik anakandanya yang turut dikenali sebagai Sultan Muzaffar Shah II.
It's alright. Let us just leave the question hanging. Let it be added, according to the party who believe Sultan Muzaffar Shah I is Merong Mahawangsa, the tomb with the second most oustanding tombstones which is tomb 3 belongs to his son who was also known as Sultan Muzaffar Shah II.
2 comments:
Assalamualaikum.
Terima kasih di atas entri yang berinformasi ini. Memandangkan makam ini milik seorang sultan, alangkah moleknya jika pihak yang berwajib membuat penambahbaikan keadaan sekeliling kawasan ini agar lebih terpelihara dan sinonim dengan makam seorang sultan.
Wallahualam.
Nisan besar tulah sultan, sebelah dia isterinya dn anknya ..hujung sekali adalah gurunya iaitu muhtifnya
Post a Comment